Pada acara Google I/O 2021 yang kini sedang berlangsung, Google turut memberi fokus kepada privasi dan sekuriti. Terdapat banyak yang mereka umumkan dan antara yang menarik perhatian adalah khusus pada Google Photos. Google memperkenalkan Locked Folder.
Melaluinya, pengguna boleh memilih untuk simpan gambar atau video yang disandarkan dalam Google Photos ke dalam satu folder khas yang terkunci dan boleh diakses dengan imbasan cap jari, pin atau mungkin juga dengan imbasan wajah.
Melalui ciri ini, aplikasi pihak ketiga tidak boleh mengakses mana-mana gambar atau video – walaupun kebenaran akses storan telah diberikan. Google akan menawarkan ciri ini kepada pengguna Pixel terlebih dahulu sebelum mengedarkan secara lebih meluas kepada peranti Android lain.