Google pada acara Google I/O telah berkongsi sejumlah perkara dan fungsi menarik yang bakal diperkenalkan mereka tidak lama lagi. ini termasuk beberapa perkara yang menekankan kepada ciri privasi.

Salah satunya adalah berkaitan sejarah carian di Google Search. Sekiranya sebelum ini, ia memerlukan beberapa langkah dalam memadam sejarah carian terkini anda, melalui kemaskini yang bakal hadir, pengguna boleh mengaktifkan ciri memadam sejarah carian untuk tempoh 15 minit terakhir.
Ciri ini mungkin membantu sekiranya anda ingin melakukan beberapa carian yang tidak ingin menyimpannya dalam sejarah carian Google.
Google mengatakan ciri ini akan diperkenalkan kepada semua dalam beberapa bulan lagi.