Google Akan Maklumkan Kebocoran Kata Laluan Anda, Dan Memudahkan Anda Mengubahnya

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang memudahkan anda menyemak sama ada data akaun anda untuk sejumlah perkhidmatan bocor atau digodam pihak ketiga atau sebaliknya.

Google sendiri sedia mengintegrasikan ciri ini pada Password Manager dalam memastikan pengguna mereka sentiasa terlindung. Untuk makluman, ciri ini diintegrasikan pada Chrome, Android dan iOS dalam memudahkan anda menyimpan kata laluan sesuatu web atau aplikasi dalam mempercepatkan proses anda log masuk ke perkhidmatan berkenaan.

Password Alerts” pula akan secara automatik memaklumkan anda sekiranya terdapat sebarang kebocoran melibatkan akaun dan kata laluan anda – yang disimpan melalui pengurus kata laluan pada Chrome, Android atau iOS.

Dan dalam memudahkan lagi pengguna, kini Google turut akan memudahkan anda mengubah kata laluan anda dengan hanya satu tap sahaja – membawa anda ke laman yang terlibat, dan memudahkan anda mengubah kata laluan.

Ciri mengubah kata laluan ini akan ditawarkan untuk pengguna peranti Android terlebih dahulu, dan diperluaskan ke yang lain selepas itu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami