Cari @ Amanz

Dengan meneruskan fokus terhadap privasi dan sekuriti, Google pada acara Google I/O 2021 sebentar tadi telah mengumumkan papan pemuka privasi melalui Android 12. Beberapa ciri privasi dan sekuriti dalam kemaskini ini turut meminjam daripada iOS 14 yang ditawarkan oleh Apple tahun lepas.

Pertama adalah papan pemuka privasi. Melalui ciri ini, pengguna mempunyai akses dan kawalan lebih mendalam untuk semua akses kebenaran dalam sistem. Pengguna boleh pantau kesemua aplikasi yang mengakses lokasi, kamera, storan dan lain-lain dan turut boleh terus menolak mana-mana kebenaran.

Seperti iOS, jika kamera dan mikrofon sedang diguakan – akan ada indikasi berwarna memberi petanda kepada pengguna. Secara tidak langsung, pengguna boleh berwaspada pada setiap aplikasi yang sedang digunakan. Ciri ini turut diintegrasikan dalam talam notifikasi untuk akses pantas kepada kemampuan mengaktifkan atau mematikan terus kamera dan mikrofon peranti.

Memandangkan ini adalah terbina terus daripada sistem, mungkin seperti Digital Wellbeing – pengeluar peranti lain boleh mengintegrasikan ciri ini dengan antramuka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd