Android 12 Beta Ditawarkan Untuk Sejumlah Peranti Bermula Hari Ini – Termasuk Xiaomi, Oppo, Vivo, OnePlus, Dan Realme

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Android 12 secara rasminya, Google hari ini turut mengumumkan penawaran Android 12 Beta untuk para pembangun.

Menariknya, versi Beta kali ini ditawarkan untuk sejumlah peranti, membolehkan lebih ramai pembangun menguji dan mengoptimasikan aplikasi mereka untuk sistem operasi akan datang.

Antara peranti yang akan disokong adalah termasuk keluaran Asus, Google Pixel, OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Tecno, TCL, VIVO, Xiaomi dan juga ZTE.

Model yang akan menyokongnya dijangka akan dikongsikan setiap pengeluar secara berperingkat selepas ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami