Cari @ Amanz

Google hari ini mengumumkan kejutan, dan mengatakan mereka telah mencapai kata sepakat bersama Samsung, yang akan memperlihatkan Wear OS bergabung dengan sejumlah ciri utama Tizen OS yang digunakan oleh Samsung pada jam tangan pintar keluaran mereka.

Seperti ramai sedia maklum, TIzen pada jam tangan pintar Samsung sedia mempunyai beberapa kelebihan, termasuk integrasi kecergasan, dan lebih lancar serta ketahanan yang lama.

Melalui gabungan ini, Wear OS generasi baharu akan mengintegrasikan sejumlah ciri menarik dan kelebihan tersendiri – termasuk ketahanan bateri yang lebih lama, disamping sistem operasi yang lebih lancar.

Samsung juga telah mengesahkan yang mana mereka akan menggunakan sistem operasi Wear OS baharu ini pada jam tangan pintar akan datang mereka. Disamping kedua-dua ini, Fitbit yang kini dimiliki oleh Google juga akan membawakan beberapa ciri daripada platform mereka ke Wear OS – dan akan menggunakan Wear OS pada peranti Fitbit akan datang.

Untuk para pembangun, melaluii perubahan baharu ini, ia akan memudahkan lagi pembangunan aplikasi, dan menawarkan aplikasi jam tangan pintar yang dioptimasikan untuk pelbagai jam tangan pintar di pasaran hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd