Carian
Google Mengumumkan Antaramuka Generasi Baharu – Material You
May 19, 2021 Aman

Google pada hari ini sedia terkenal dengan penggunaan antaramuka Material Design pada perkhidmatan mereka, dan juga pada sistem operasi Android. Kini, bergerak kehadapan, Google telah mengumumkan antaramuka generasi seterusnya, dinamakan Material You.

Material You memfokuskan kepada memberikan kebebasan kepada semua pengguna dalam memilih bagaimana dan warna apa yang patut digunakan oleh para pengguna.

Ia boleh dikatakan salah satu bentuk tema, tetapi dengan memberikan kebebasan kepada pengguna menetapkan pilihan warna – dan ia akan dioptimasikan pada sistem operasi Android – dan kelak, turut diselarikan pada pelbagai produk Google.

Untuk Android 12, pengguna boleh menetapkan gambar latar pada telefon pintar, dan sistem akan mencadangkan sejumlah warna untuk digunakan pada telefon pintar anda.

Selain daripada pewarnaan, ia juga turut menyertakan sejumlah ciri-ciri visual lain, termasuk animasi, bagaimana pengguna berinteraksi, dan yang lain.

Material You diijangka akan digunakan pada peranti Pixel terlebih dahulu – sebelum diperluaskan ke yang lain.

Komen