Seperti biasa dalam acara Google I/O, Google turut akan fokus kepada kecerdasan buatan mereka. Di zaman pandemik ini, Google memperkenalkan beberapa kehebaran kecerdasan buatan mereka untuk ke arah kesihatan yang lebih baik. Tiada produk fizikal, tetapi hanya dengan peranti setiap pengguna – Google boleh aktifkan fungsi alatan dermatologi untuk pengguna imbas kulit untuk mengenalpasti simptom kesakitan yang sedang dialami.
Menurut Google, lebih 10 bilion carfian dilakukan pengguna mencari simptom berkaitan kuku, kulit dan rambut. Dua bilion manusia di seluruh dunia alami masalah dermatologi dan di peringkat global – pakar dermatologi masih berkurangan. Hanya dengan aplikasi berasaskan web dan memberi kebenaran mengakses kamera peranti pengguna – kamera boleh imbas sebarang simpton
Google mendakwa yang hasil carian mereka adalah selari dengan apa yang pakar dermatologi di Amerika Syarikat iktiraf. Selepas setiap imbasa, yang mana pengguna perlu mengambil tiga imej pada kulit atau rambut atau kuku daripada pelbagai arah – Google akan tanya soalan untuk memberi hasil yang tepat. Menurut Google lagi, mereka ada 28 kondisi dalam pangkalan data dan jika masih tiada – Google akan menggunakan enjin carian dan sistem kecerdasan buatan untuk terus mencari.
Google menyasarkan untuk melancarkan ciri ini pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.