Cari @ Amanz

Google turut memperkenalkan lima ciri menarik pada Google Maps yang menjadikan aplikasi peta mereka lebih pintar dan bersesuaian untuk pengguna mengikut data masing-masing. Berikut adalah antara apa yang Google umumkan ketika Google I/O 2021;

Navigasi Realiti Terimbuh Yang Lebih Butiran

Seperti anda sedia maklum, Google Maps sudah mempunyai ciri arahan selok-belok khusus untuk pejalan kaki. Melalui ciri ini, pengguna boleh menggunakan teknologi AR arau realiti terimbuh dan menghalakan peranti ke bangunan atau lorong untuk mudah mencari jalan. Kini, Google menambah papan tanda, nama jalan, nama lorong serta jarak terus ke hotel yang didiami pengguna.

Selain itu, pengguna turut boleh lihat terus mana-mana kedai atau restoran masa ia dibuka berserta pengkadaran yang tersedia daripada Google. Menjadikan pengalaman penggunaan jauh lebih baik dan imersif.

Butiran Lorong Jalan Lebih Jelas

A GIF that shows what Google Maps looks like before and after detailed street maps

Pada Google Maps kelak, pengguna boleh lihat butiran lorong, kawasan pejalan kaki, tangga, jalan khusus untuk OKu dan lain-lain dengan lebih jelas.

Lebih Mudah Lihat Kawasan Sibuk

A GIF of Google Maps that shows that the area near the Spanish Steps in Rome is busier than usual

Google Maps turut akan memudahkan pengguna untuk melihat keseluruhan kawasan yang sibuk atau sesak dengan orang awam. Di musim pandemik, lebih baik kita elak berada di kawasan seperti ini – jadi kelak ia lebih mudah untuk pengguna merancang perjalanan.

Paparan Peta Yang Lebih Sesuai Mengikut Pengguna

A GIF that shows coffee spots in NYC in the morning, and dinner spots in the evening

Berdasarkan data yang Google kumpul, atau data yang anda beri kepada Google. Google Maps turut boleh memaparkan peta yang bersesuaian dengan setiap pengguna secara individu. Ini bermakna, apa jua minat pengguna – Google boleh sarankan lokasi seperti kafe, kedai buku, restoran, pusat membeli-belah dan lain-lain. Google akan terus paparkan tanda untuk setiap lokasi ini berserta butiran kesesakan, masa ia buka atau tutup dan juga pengkadaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd