Cari @ Amanz

Pengguna Android TV atau Google TV yang gemar menggunakan telefon sebagai alat kawalan pasti mempunyai perasaan menjengkelkan seperti saya. Ini kerana aplikasi Android TV Remote Control sehingga hari ini masih tidak dikemaskini, tidak begitu efisien dan boleh dikatakan adalah aplikasi sampah.

Syukur Android TV dan Google TV mempunyai aplikasi papan kekunci yang semakin baik dan boleh menggunakan alat kawalan fizikal dengan lebih pantas. Tetapi pada Google I/O tadi, Google akhirnya mengumumkan yang Android TV dan Google TV akan menerima “aplikasi” alat kawalan Android TV baharu.

Lebih menarik adalah, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi lain dan ia akan hadir secara terbina. Tetapi Google tidak menjelaskan sama ada ia hadir melalui kemas kini Android atau dalam aplikasi lai seperti Google TV (Google Play TV & Movie). Dengan talam notifikasi dan butang kuasa yang terus ada akses kepada peranti berhubung, tambahan sokongan alat kawalan ini adalah sangat dihargai. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd