Honor Play5 Dilancarkan – Cip MediaTek Dimensity 800U, Kuad Kamera Utama Dan Pengecas 66W

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran China kini menerima satu lagi penawaran peranti baharu dengan janaan cip Mediatek Dimensity 800U menerusi pengenalan Honor Play 5. Bersama-sama dengannya, ia turut disertakan sistem kuad-kamera utama dan pengecasan pantas 66W yang menjadi antara titik jualan pada peranti.

Honor Play5

Untuk spesifikasi khusus, Honor Play 5 mempunyai skrin bersaiz 6.5-inci OLED dengan resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel). Selain itu, ia juga dilengkapi memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri sebesar 3800mAh. Seterusnya, tetapan kamera pula terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.1, port sambungan USB Type-C, sistem operasi Magic UI 4.0 berasaskan Android 10 dan lain-lain. Untuk harga Honor 5 dijual di China pada harga bermula ¥2099 iaitu sekitar RM1347 untuk seunit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami