Pra-tempahan Microsoft Surface Laptop 4 Dibuka Hari Ini Pada Harga Permulaan RM4599

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan lalu, Microsoft telah memperkenalkan peranti Microsoft Surface Laptop 4 terbaru mereka, yang hadir dengan pilihan CPU AMD dan juga Intel.

Hari ini, Microsoft Malaysia mengumumkan bahawa pra-tempah untuk komputer riba ini akhirnya telah dibuka, dimana ia ditawarkan dalam model dengan paparan bersaiz 13.5 inci ataupun 15 inci, dan dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 4000 dan Intel Tiger Lake-U. Dari segi memori dan storan, bergantung kepada pilihan model, ia hadir dengan memori sehingga 16GB dan juga storan dalaman bersaiz 512GB.

Surface Laptop 4

Untuk model paling mampu milik, Microsoft Surface Laptop 4 hadir dengan konfigurasi paparan boleh-sentuh 13.5 inci, CPU AMD Ryzen 5 4000, memori 8GB dan juga storan SSD 256GB pada harga RM4599. Manakala untuk konfigurasi paling berkuasa, anda boleh memilih untuk mendapatkan model Surface Laptop 4 dengan paparan boleh-sentuh 15 inci yang dikuasakan CPU Intel Core i7 Tiger Lake-U, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan dalaman SSD sebesar 512GB pada harga Rm8299.

Seperti yang dikatakan, pra-tempah untuk Surface Laptop 4 ini sudahpun dibuka, dan anda boleh menempahnya melalui pengedar sah Microsoft Malaysia, ataupun ke stor atas-talian Microsoft Malaysia di Lazada ataupun Shopee.

Bagi mereka yang pra-tempah komputer riba ini, mereka juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM598, termasuklah fon telinga dan tetikus Microsoft Arc. Microsoft Surface Laptop 4 ini akan mula dijual secara rasmi di pasaran Malaysia bermula 8 Jun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami