Anda Kini Boleh Melihat Fleets Dan Menyertai Sesi Spaces Melalui Gambar Profil Pengguna Twitter Di Garis Masa

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter dilihat telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru kebelakangan ini, seperti Fleets, Spaces dan juga fungsi untuk menyumbang wang kepada sesiapa sahaja secara digital.

Terkini, Twitter nampaknya telah memperbaiki pengalaman pengguna platform media sosial tersebut dengan memperkenalkan fungsi melihat terus Fleet yang dibuat oleh pengguna tersebut dengan mengetik gambar profil pengguna yang mempunyai garisan bulat berwarna biru dari garis masa.

Ini memudahkan pengguna yang menggunakan peranti-peranti besar untuk melihat terus Fleet rakan-rakan ataupun sesiapa sahaja secara mudah tanpa perlu menatal bahagian atas aplikasi Twitter.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter juga boleh menggunakan ciri yang sama untuk menyertai sesi Spaces apabila mereka melihat orang yang diikuti mereka sedang berada dalam sesi tersebut.

Menurut Twitter, fungsi mengetik gambar profil pengguna untuk melihat Fleets dan menyertai Spaces ini akan diperkenalkan pada aplikasi Twitter untuk iOS terlebih dahulu, dan akan diperkenalkan pada aplikasi Twitter untuk Android tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami