Realme 8 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi peranti Realme dengan sokongan 5G terbina bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Realme menerusi hantaran terkini di Facebook sebentar tadi.

Melaluinya, mereka mengesahkan bakal membawa masuk model Realme 8 5G dan acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 27 Mei 2021. Ternyata inilah peranti 5G baharu yang diacah oleh Realme sebelum ini – sekaligus kehadirannya diakui memberi pilihan kepada pengguna selain penawaran sedia ada.

Imbas kembali, Realme 8 5G telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar. Jika ianya berkongsi spesifikasi yang sama, maka telefon pintar ini bakal dilengkapi skrin 6.5-inci LCD 90Hz, cip MediaTek Dimensity 700, ateri 5000mAh, sensor utama 48-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Seperti biasa, terus kekal denga kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya kelak

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami