Carian
IFA 2021 Dibatalkan Sepenuhnya – Akan Kembali Pada Tahun 2022
May 19, 2021 Nazrin

Beberapa bulan lalu, gfu Consumer & Home Electronics GmbH mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara tahunan IFA 2021 secara fizikal, dengan keyakinan bahawa menjelang awal bulan September kelak, negara Jerman akan hadir dengan imuniti kelompok yang membolehkan pergerakan terbuka, dan acara besar-besaran untuk diadakan sekali lagi.

Sayangnya, syarikat tersebut, bersama-sama dengan Messe Berlin, lokasi IFA pada tahun-tahun sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bersama mengatakan bahawa acara IFA 2021 akan dibatalkan sepenuhnya. Kenyataan media yang dikeluarkan menyentuh beberapa sebab mengapa acara ini dibatalkan, termasuklah penularan varian COVID-19 yang lebih serius.

Selepas perbincangan serius dengan syarikat-syarikat teknologi lain dan sebagainya yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada tahun ini, mereka telah mengambil keputusan berat untuk membatalkan acara tersebut sepenuhnya.

Pada tahun lepas, IFA 2020 diadakan secara digital, dimana sejumlah jenama teknologi besar masih lagi hadir dan mengadakan acara pelancaran mereka secara digital. Pada tahun ini, ia dikatakan bahawa Messe Berlin masih lagi digunakan sebagai pusat pengedaran vaksin untuk warga Berlin, dan oleh kerana kadar vaksinasi yang tidak begitu pantas, ia dijangka bahawa pada bulan September kelak, apabila acara ini sepatutnya diadakan, ia dijangka bahawa lokasi tersebut masih lagi akan digunakan untuk mengedarkan vaksin.

gfu Consumer & Home Electronics GmbH mengatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi untuk memastikan mereka boleh mengadakan acara IFA ini pada tahun hadapan.

Komen