Oppo Reno6 Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Desas-desus mengenai kewujudan peranti baharu Oppo di bawah siri Reno telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lalu. Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, namun Oppo Reno6 Pro didapati telah melepasi laman pengesahan SIRIM Malaysia dengan kod model CPH2247. Ini sekaligus memberi bayangan yang mana kita turut bakal menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan terkini, tarikh pelancaran untuk Oppo Reno6 telah diumumkan. Memetik hantaran terkini Oppo di Weibo sebentar tadi, acara pengenalan rasminya telah dijadualkan berlangsung di China pada 27 Mei 2021. Biarpun belum ada kepastian tetapi Oppo dijangka hadir dengan tiga model berbeza – ini termasuklah Oppo Reno6, Oppo Reno6 Pro dan Oppo Reno6 Pro+. Ia berikutan, sudah menjadi kebiasaan untuk Oppo memperkenalkan lebih daripada satu model di bawah siri berkenaan.

Memetik spekulasi awal, Oppo Reno6 Pro dan Reno6 Pro+ dijangka tampil dengan sokongan panel hadapan melengkung dengan rekaan berlubang bersama-sama dengannya. Bukan itu sahaja, kedua-duanya turut dipercayai mempunyai modul kamera yang mirip seperti generi sebelum ini. Untuk sokongan cip pemprosesan, Oppo Reno6 dipercayai menyokong cip Snapdragon 870. Sementara itu, versi pro dan pro+ pula akan dijana dengan cip daripada MediaTek yang terdiri dengan MediaTek Dimensity 900 dan Dimensity 1200.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami