Carian
Algoritma Kamera Pixel Akan Dikemaskini Untuk Lebih Inklusif Insan Berkulit Gelap
May 19, 2021 Effi Saharudin

Kekuatan kamera Pixel tidak terletak pada sensor (yang sebenarnya sudah terlalu berusia) atau saiz megapixel. Google meletakkan kemampuan kamera mereka sepenuhnya pada kecerdasan buatan dan fotografi perkomputeran sejak dari awal lagi. Ini adalah penyebab mengapa sedang pengeluar lain giat menyertakan sehingga empat kamera utama, Pixel tenang dengan dwi-kamera.

Saban tahun kualiti kamera Pixel mendapat pujian. Tetapi isu masih wujud sekiranya anda tergolong dalam kumpulan insan yang berkulit gelap. Rungutan didengari oleh Google dan di Google I/O pagi ini beberapa penambahbaikan kepada algoritma aplikasi kamera akan dikemaskini. Algoritma akan diperbaiki supaya apabila subjek berkulit gelap diambil, tona warna yang lebih sekali, terang dan baik dalam dilihat pada gambar. Ciri seperti white balance dan dedahan diperhalusi untuk menghasilkan imej yang lebih selari dengan situasi sebenar.

Kecerdasan buatan mod potret juga diajar untuk dapat memisahkan latar belakang dengan subjek berambut kerinting yang kerap dikritik selebriti YouTube seperti Marcus Brownlee. Sebelum ini algoritma yang digunakan lebih memihak kepada insan berkulit cerah kerana ia tidak dilatih menggunakan sampel yang mencukupi dari insan berkulit gelap.

Penambahabaikan kepada algoritma ini akan diberikan pada peranti Pixel yang akan dilancarkan tahun ini menerusi kemas kini Android 12. Dengan ini Google berharap aplikasi kamera mereka akan lebih inklusif kepada golongan berkulit gelap yang sebenarnya adalah golongan majoriti di muka bumi.

Komen