Windows 10 May 2021 Update Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 terbaharu, iaitu Windows 10 May 2021 Update. Kemaskini ini boleh didapati pengguna peranti Windows 10 bermula hari ini, sekaligus menikmati sejumlah ciri baharu dan juga sekuriti yang disertakan.

Windows 10 May 2021 Update ini hadir dengan penggunaan beberapa ikon baharu – sebagai langkah awal dalam pembaharuan visual untuk sistem operasi Windows, menyertakan sokongan multi-kamera untuk Windows Hello, kemaskini untuk Windows Defender, dan penambah-baikkan untuk sokongan audio Bluetooth.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, boleh membuka Windows Update, dan memulakan proses naik-taraf hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami