China Mengharamkan Institusi Kewangan Daripada Menawarkan Perkhidmatan Kriptowang
Aman
Kerajaan China kini telah mengharamkan institusi kewangan dan juga platform pembayaran di China, daripada menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan transaksi melibatkan kriptowang.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan pelbagai institusi di China daripada menawarkan perkhidmatan dagangan kriptowang kepada rakyat China. Tiada sebarang produk kewangan berkaitan dengan kriptowang juga boleh ditawarkan dibawah peraturan baharu ini.
Pada masa yang sama, China menekankan kepada risiko kriptowang – mengatakan ia tidak bersandarkan pada nilai sebenar, dan nilai boleh dimanipulasi dengan mudah.
Pengumuman ini sekaligus turut memberikan kesan terhadap dagangan kriptowang, membuatkan nilai pelbagai kriptowang jatuh,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.