Ikon Spotify HiFi Diperlihatkan Melalui Peranti iOS – Peperangan Penstriman Audio Berkualiti Tinggi Bakal Bermula

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penawaran penstriman audio berkualiti tinggi nirhilang, ataupun lossless bermula apabila Tidal diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Beberapa hari yang lalu sahaja, Apple Music dan Amazon Music telah mengumumkan penawaran yang sama pada platform mereka, dimana mereka meninggalkan Spotify sebagai satu daripada platform yang masih tidak menawarkan pilihan ini.

Menariknya, Spotify telahpun mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Spotify HiFi, iaitu kebolehan menstrim lagu pada format nirhilang tersebut sejak tahun lepas lagi. Nampaknya, oleh kerana Apple Music dan Amazon Music telahpun mula memperlihatkan penawaran mereka sendiri, Spotify akhirnya dilihat berganjak dan mungkin akan memperkenalkan Spotify HiFi tidak lama lagi.

Beberapa pengguna aplikasi Spotify pada platform iOS telah melaporkan bahawa mereka telah mula melihat ikon HiFi pada aplikasi Spotify mereka apabila memainkan lagu, dimana ia boleh dikatakan bahawa Spotify sedang menguji ciri ini pada sejumlah pengguna terpilih.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Spotify akan mengumumkan ketibaan Spotify HiFi ini untuk para pengguna mereka, dan samada ia akan diperkenalkan pada pengguna iOS dahulu sebelum Android, atau jika ia akan hadir pada kedua-dua platform serentak.

Perlu diingatkan juga bahawa Spotify juga mempunyai aplikasi desktop yang boleh digunakan oleh pengguna sistem operasi Windows 10 dan MacOS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami