Rekaan Nubia Z30 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Sebenar

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nubia kembali merancakkan rangkaian peranti di bawah siri Z menerusi model Nubia Z30 Pro. Pengenalan peranti ini dijadualkan berlangsung di China pada 20 Mei ini. Sehingga kini, banyak informasi berkaitan peranti telah dikongsi – baik dari segi penawaran dalaman mahupun luaran.

Seperti yang boleh dilihat, rekaan fizikal peranti juga telah diperlihatkan menerusi video promosi rasmi, poster rasmi dan imej sebenar. Secara tidak langsung, ini memberi gambaran kepada kita mengenai penawaran pada peranti kelak.
Panel belakang peranti memperlihatkan bonggol kamera yang cukup besar dan tebal. Turut kelihatan, keseluruhan permukaan untuk modul tersebut dikemaskan dengan kemasan hitam berkilat bersama logo Nubia yang diletakkan pada sebelah kanannya. Font logo kelihatan tidak terlalu besar, namun masih jelas untuk dilihat.

Sistem kuad-kamera turut digunakan dengan susunan yang menyerupai ZTE Axon 30 Ultra sebelum ini. Turut jelas kelihatan, telefon ini akan hadir dengan sokongan tri-sensor 64-Megapixel bersama-sama dengannya. Tidak ketinggalan, Nei Fi turut berkesempatan berkongsi beberapa imej rasmi Nubia Z30 Pro dalam warna Interstellar Silver – ia sebagai makluman bahawa peranti akan hadir dengan lebih daripada satu warna sahaja.

Nubia Z30 Pro dijangka hadir dengan cip Snapdragon 888, bateri dengan pengecasan 120W dan skrin OLED dengan kadar segar semula yang tinggi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami