Sony Xperia Ace 2 Dilancarkan Dengan Cip Helio P35 Dan Kalis Air

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Jepun Sony Xperia Ace 2 telah dilancarkan secara rasmi. Tidak seperti peranti Sony yang dilancarkan tahun ini, Ace 2 ialah sebuah telefon pintar Android kelas permulaan kerana sekadar menggunakan cip MediaTek Helio P35.

Ia dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD+, dilengkapi memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB (sokongan kad mikro SD sehingga 1TB) dan bateri sebesar 4500 mAh. Kamera utama di bahagian belakang menggabungkan sensor 13+2 MP dengan lensa sudut lebar dan pengesanan kedalaman. Kamera swafoto pula sebesar 8 MP.

Walaupun ia sebuah peranti kelas pertengahan, Xperia Ace 2 hadir dengan kemampuan kalis air IP68 yang amat jarang sekali ditemui pada peranti kelas ini. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5mm. Pengimbas cap jari pula terbina pada butang kuasa di sisi kanan tubuh. Di Jepun Sony Xperia Ace 2 dijual pada harga 22,000 Yen (RM833) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami