Apple Mac Mini Dengan Cip Lebih Berkuasa Dan Port Tambahan Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Apple telah mengemaskini penawaran pada Mac Mini bersama cip Apple M1 dengan pilihan port Ethernet 10 Gigabit. Melaluinya, pengguna perlu menambah sebanyak RM400 berbanding harga asal untuk mendapatkannya.

Mac Mini Bersama Cip Apple M1

Dalam usaha memberi yang terbaik, kini timbul pula desas-desus baru mengatakan Apple sedang mengusahakan Mac Mini baharu yang dikemaskini dengan cip lebih berkuasa. Bukan itu sahaja, ia turut akan disertakan dengan beberapa port tambahan bersama-samanya.

Apple M1
Cip Apple M1

Memetik beberapa sumber, Mac Mini baharu kelak dijangka menggunakan cip yang seperti MacBook Pro generasi akan datang. Cip berkenaan akan dibangunkan dengan CPU 10-teras yang terdiri dengan 6 teras prestasi tinggi dan 2 teras kecekapan. Kemudian, ia juga dipadankan bersama GPU dengan 16 ataupun 32 teras. Dalam pada itu, cip ini juga dikhabarkan menyokong memori sehingga 64GB yang mana dilihat satu peningkatan ketara berbanding sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai port tambahan, ia juga dijangka menampilkan sehingga empat port Thunderbot bersama-sama dengannya. Ini juga satu peningkatan ketara berbanding generasi sedia ada yang hanya disertakan dengan dua port tambahan.

Port Tambahan Pada Versi Sedia Ada

Kehadirannnya kelak dijangka akan menggantikan Mac Mini berasaskan Intel sedia ada. Sekaligus, kita juga bakal menyaksikan selepas ini keseluruhan rangkaian Mac Mini generasi akan datang beralih sepenuhnya kepada cip pemprosesan Apple Silicon.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami