Cari @ Amanz

Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan secara mendadak hari ini, salah satunya adalah disebabkan perkongsian pihak kerajaan China yang mengharamkan institusi kewangan daripada menawarakn perkhidmatan kriptowang.

Disebabkan olehnya, ia membawa kepada sentimen orang ramai menjual Bitcoin, sekaligus menurunkan nilainya. Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM137k untuk 1BTC. Secara kasara, nilai Bitcoin telah berkurangan sebanyak 20% dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Sebelum ini, sejak daripada minggu lepas, Bitcoin menunjukkan trend penurunan nilai, termasuk disebabkan oleh Tesla yang berhenti menerima Bitcoin kerana dikatakan kurang mesra alam.

Selain Bitcoin, beberapa kriptowang lain turut terjejas. Bitcoin Cash turut memperlihatkan nilai menurun sekitar40% dalam tempoh 24 jam yang lepas, dan ETH sekitar 30% dalam tempoh 24 jam yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd