Harmony OS Dilaporkan Akan Digunakan Oleh Tiga Pengeluar Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Harmony OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Huawei. Ia sedia digunakan pada beberapa peranti, dan kini Huawei dalam persiapan memperkenalkan ia bersama-sama dengan telefon pintar mereka secara terbina.

Mengikut beberapa laporan awal, Huawei P50 dijangka hadir dengan pilihan Harmony OS secara terbina. Pihak Huawei tidak mengesahkannya lagi, tetapi ia tidak mustahil dengan fokus mereka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap penawaran dari barat.

Terbaru, wakil Huawei turut dipetik mengatakan yang mana Harmony OS telah mempunyai beberapa penyokong, termasuk akan digunakan oleh sekurang-kurangnya tiga pengeluar telefon pintar dalam masa terdekat.

Menjelang penghujung tahun ini sahaja, ia disasarkan sekitar 300 juta peranti akan menjalankan Harmony OS ini, dengan sekitar 200 juta peranti adalah keluaran Huawei.

Buat masa ini, tiada sebarang jenama diumumkan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai Harmony OS dan ekosistemnya dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami