Huawei FreeBuds 4 Dengan Pembatalan Hingar Aktif Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan satu lagi fon telinga nirwayar terbaru mereka, iaitu FreeBuds 4. Fon telinga ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri premium, termasuk sokongan pembatalan hingar aktif.

Huawei FreeBuds 4 ini dijana dengan cip Kirin A1 khusus untuk audio, dillengkapi dengan sokongan kadar pendam 90ms untuk menikmati permainan video.

Tiga mikrofon digunakan untuk tujuan mengurangkan bunyi hingar, selain kebolehan menghubungkan ke dua peranti berbeza pada waktu yang sama.

Huawei mengatakan ia menawarkan masa penggunaan selama 4 jam lamanya, dan pengecasan selama 15 minit menawarkan penggunaan sekitar 2.5 jam.

Pengguna turut boleh mengecas fon telinga menggunakan kerangka khusus – yang menawarkan masa penggunaan sehingga 20 jam. Kerangka ini boleh dicas secara nirwayar atau menggunakan USB-C.

Buat masa ini, Huawei FreeBuds 4 hanya ditawarkan di China sahaja, pada harga 999 Yuan, iaitu sekitar RM640.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami