Modem Qualcomm Snapdragon X65 Akan Menguasakan Sambungan 5G Untuk Komputer Riba Dan Peranti Internet Mudah-alih

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm telah memperkenalkan modem Qualcomm Snapdragon X65 mereka pada bulan Februari tahun ini sebagai model penambahbaikan kepada Qualcomm Snapdragon X60 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Berbanding dengan Snapdragon X60, X65 hadir dengan penambahbaikan dari segi penggunaan kuasa yang lebih rendah, yang secara langsung mengurangkan penggunaan kuasa, terutamanya apabila digunakan pada peranti-peranti pintar.

Menariknya, Qualcomm turut memperlihatkan rekaan baru untuk modem Qualcomm Snapdragon X65 ini yang hadir dengan slot M.2 yang membolehkannya digunakan dalam komputer desktop, komputer riba, membolehkan peranti-peranti ini untuk mengakses rangkaian 5G secara terus.

Secara teknikalnya, dengan modem Qualcomm Snapdragon X65 ini, sebuah komputer boleh mencapai throughput kelajuan penghantaran data nirwayar sepantas 10Gbps menggunakan gabungan rangkaian 5G mmWave dan juga sub-6.

Qualcomm menjangkakan bahawa modem menggunakan rekaan M.2 ini akan mula diperkenalkan pada komputer riba sekitar penghujung tahun ini, tetapi tidak memberitahu jenama-jenama manakah yang akan bekerjasama dengan mereka untuk memudahkan sambungan peranti komputer riba mereka ke rangkaian 5G.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami