Peranti Realme Dengan Cip Snapdragon 870 Tertiris

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip Snapdragon 870 telah dilancarkan sekitar bulan Januari yang lalu. Ia menawarkan prestasi sedikit lebih pantas berbanding Snapdragon 865+, tetapi masih di belakang Snapdragon 888. Sehingga kini, boleh dikatakan agak banyak pengeluar yang telah hadir dengan penawaran peranti bersama cip berkenaan – misalnya Oppo, Poco, IQOO, Redmi, OnePlus, Vivo, Xiaomi dan lain-lain.

Nampaknya, Realme juga tidak mahu ketinggalan apabila timbul desas-desus yang mendakwa peranti mereka dengan cip berkenaan telah tertiris. Informasi ini diperoleh hasil perkongsian tangkap layar daripada Ice Universe di Weibo. Melaluinya, ia memaparkan bahagian tetapan pada peranti – di mana jelas kelihatan cip yang digunakan adalah Snapdragon 870 dan ia turut menggunakan antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Selain daripada itu, peranti ini juga akan dipadankan dengan RAM 12GB bersama tambahan RAM 5GB dan storan dalaman 256GB.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui dan masih belum ada sebarang kepastian mengenai pengumuman rasminya. Justeru itu, sama-sama kita nantikan kemaskini berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami