Cari @ Amanz

Golongan kelainan upaya sering terpinggir kerana insan yang mencipta infrastruktur dan peranti tidak mengambil input dari mereka sebelum ia dihasilkan. Hari ini Apple ingin menjadikan produk mereka lebih inklusif kepada golongan OKU dengan memperkenalkan pelbagai ciri ketercapaian (accessability) baharu.

Apple Watch

Pada Apple Watch ciri AssistiveTouch diperkenalkan bagi membolehkan golongan ia digunakan tanpa skrin disentuh. Kawalan gestur menggenggam tangan dan memicit jari boleh digunakan untuk mengawal peranti. Apple Watch mengesan gestur ini untuk melakukan aksi menjadi panggilan telefon, memulakan aktiviti senaman dan banyak lagi. Turut disokong ialah Motion Pointer yang menggerakkan kursor pada skrin dengan menggunakan girometer.

iPad

iPad akan menyokong penjejakan mata secara terbina menerusi aksesori pihak ketiga yang melepasi piawaian MFI. Golongan OKU boleh mengawal kursor menggunakan mata untuk mengakses pelbagai fungsi pada iPad. Sebagai contoh mengekalkan kursor pada ikon aplikasi untuk beberapa saat akan dibaca oleh peranti sebagai aksi tap.

Memoji

Memoji menambah kustomasi alat implan koklea, tiub pernafasan oksigen dan helmet lembut untuk kepala yang boleh digunakan pada avatar memoji yang ingin dihasilkan golongan OKU sebagai pengganti diri mereka.

Memoji OKU

VoiceOver

Ciri VoiceOver diperingkatkan lagi dengan kemampuan memberikan deskripsi pada gambar, video dan resit dengan lebih tepat untuk OKU penglihatan serta yang mempunyai kekurangan pada kemampuan melihat. VoiceOver boleh melihat gambar sebelum memberikan deskripsi apa yang wujud pada imej yang tidak boleh dilihat oleh golongan ini.

Background Sounds

Muzik latar belakang yang menenangkan boleh dimainkan bagi mengelakkan gangguan kepada OKU yang mempunyai keperluan neurologi berbeza. Muzik dalam bentuk kicauan burung dan deruan ombak dapat membantu golongan ini dari gangguan bunyi bising yang boleh mengganggu tumpuan atau emosi mereka.

Kawal Peranti Dengan Bunyi

Peranti boleh dikawal dengan arahan bunyi pop, eee atau klik yang dikeluarkan dari mulut. Ini adalah untuk golongan OKU yang mempunyai kesukaran berbicara dan berhubung menggunakan bunyi sahaja. Pelbagai aksi kawalan pada peranti boleh dilakukan dengan bunyi semata-mata

Ciri tambahan lain ialah mengubah saiz teks dan warna, Apple Fitness+ akan menggunakan bahasa isyarat untuk memberikan motivasi kepada penonton yang OKU pendengaran, akses kepada kandungan yang membantu OKU dan galeri ketercapaian baharu dalam iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd