Cari @ Amanz


Sebagai permulaan memasuki pasaran tempatan, pihak Infinix sebelum ini telah memperkenalkan sehingga tiga model berbeza buat para pengguna – ini termasuklah model Infinix Note 8.

Dalam perkembangan terkini, mereka dilihat mula menawarkan peranti berkenaan dalam edisi khas. Melaluinya, Infinix Note 8 Mobile Legends Edition diperkenalkan dan ia ditawarkan pada harga RM649 untuk seunit. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Infinix di Lazada bermula hari ini.

Untuk makluman, Infinix Note 8 Mobile Legends Edition masih berkongsi spesifikasi dalaman yang sama seperti versi standard. Cuma bezanya, ia juga hadir dengan kotak pembungkus khas yang turut yang dilengkapi kerangka khusus dengan sentuhan lebih menarik untuk menjadikannya koleksi yang harus dimilliki.

Untuk spesifikasi, Infinix Note 8 dilengkapi skein 6.95-inci HD+, dikuasakan cip MediaTek Helio G80, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 18W. Di samping itu, tetapan kamera terdiri dengan sistem kuad kamera dengan sensor utama 64MP dan kamera swafoto pula 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd