Komputer Riba Gaming Dell G15 Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Kini Boleh Dibeli Pada Harga Permulaan RM4599

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun ini, Dell telah mengemaskini siri komputer riba gaming mereka menggunakan komponen-komponen baru, dan kini, dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 dan RTX 3050 Ti, mereka sekali lagi memperlihatkan model-model tambahan dengan komponen-komponen ini.

Bermula dengan paparan, Dell G15 dilengkapi dengan paparan VA bersaiz 15.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Dari segi spesifikasi dalaman yang lain, ia dikuasakan CPU Intel Core i7-10870H, pilihan memori sehingga 16GB dan juga storan SSD NVMe sebesar 512GB yang boleh ditambah jika diingini.

Dari segi penawaran GPU pula, Dell G15 yang baru ini hadir dengan dua pilihan model, dimana ia dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 ataupun NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti.

Dell G15 dengan penawaran siri kad grafik terbaru ini hadir dalam dua konfigurasi, dimana hampir kesemua komponen dalamannya adalah sama, kecuali untuk kad grafik dan juga jumlah memori. Ia boleh dibeli melalui laman web Dell Malaysia pada harga-harga berikut:

  • Dell G15 (NVIDIA GeForce RTX 3050, 8GB RAM, 512GB SSD) – RM4599
  • Dell G15 (NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, 16GB RAM, 512GB SSD) – RM5199

Menurut laporan Lowyat.Net, Dell dilihat akan menawarkan pilihan dengan CPU Intel Core i5 Tiger Lake, memori DDR4 8GB dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 pada bulan Jun kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami