Carian
Realme Watch 2 Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM299
May 20, 2021 Amy Maizuraa

Realme Malaysia kini memperluaskan lagi penawaran peranti boleh-pakai mereka dengan memperkenalkan Realme Watch 2 Pro. Ia merupakan kesinambungan daripada Realme Watch 2 sebelum ini dengan penambahbaikan untuk beberapa perkara – termasuklah ketahanan bateri dan saiz skrin lebih besar.

Bagi yang berminat, Realme Watch 2 Pro ditawarkan pada harga RM299 dengan dua pilihan warna iaitu Space Grey dan Metallic Silver. Jualan pertama akan bermula pada 29 Mei 2021 di seluruh kedai dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Untuk spesifkasi, Realme Watch 2 Pro dilengkapi skrin bersaiz 175-inci dengan resolusi 320 X 385 piksel dengan sokongan sesentuh. Selain itu, ia juga disertakan sehingga 100 pilihan muka jam berbeza – tetapi akan ditawarkan secara berperingkat.

Seterusnya, ia juga hadir dengan sejumlah sensor terbina bertujuan sebagai pemantauan kesihatan – ini termasuklah pemantauan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pengesanan tidur dan lain-lain. Bateri sebesar 390mAh turut dimuatkan yang boleh bertahan selama 14 hari. Spesifikasi lain termasuk sokongan GPS terbina, bluetooth 5.0, pelindungan IP68 dan lain-lain.

Komen