Cari @ Amanz

Zhang Yiming pengasas ByeDance hari ini mengumumkan beliau akan menarik diri sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat menjelang penghujung 2021. Jawatan beliau akan diambil alih oleh Liang Rubo yang sebelum ini memegang jabatan ketua bahagian sumber manusia ByteDance.

Bytedance

Dalam memo yang dikongsi kepada kakitangan, Zhang berkata beliau telah lama memikirkan untuk mengundur diri bagi memberikan perhatian kepada teknologi lain yang menarik perhatian beliau. ByteDance telahpun melakukan pelaburan kepada teknologi pendidikan, kajian ke atas penyakit otak dan mendigitalkan teks purba.

Tanpa beban menguruskan syarikat, Zhang merasakan beliau akan mempunyai ruang untuk meneroka strategi jangka panjang syarikat dan pada waktu yang sama menyumbang semula kepada komuniti. Sejak menubuhkan ByteDance pada tahun 2012, Zhang berjaya menjadikan syarikat beliau antara yang paling popular dunia dengan produk seperti TikTok dan Douyin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd