Rangkaian peranti Samsung di bawah siri Galaxy F kini diperluaskan lagi dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Samsung Galaxy F52 5G. Menariknya di sini, peranti ini dilihat membuat kemunculan awalnya di pasaran China terlebih dahulu dan bukannya di India seperti beberapa model sebelum ini.
Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy F52 5G didatangkan dengan skrin berukuran 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Di samping itu, ia juga dipadankan dengan sokongan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 25W.
Tetapan kamera pula terdiri dengan sistem kuad-kamera bersama 64-Megapixel untuk sensor utama. Kemudianya, ia diikuti juga dengan tiga lagi sensor berbeza sebesar 8-Megapixel, 2-Megapixel dan 2-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel dan ia turut disertakan dengan pengimbas cap jari sisi untuk tujuan sekuriti pada peranti. Untuk harga, Samsung Galaxy F52 5G dijual di China pada ¥1999 (~RM1285) untuk seunit.