Apple Merasakan Masalah Perisian Hasad Di Mac Di Tahap Tidak Boleh Diterima

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perbicaraan Epic Games menentang Apple masih lagi berterusan di mahkamah. Selama Craig Federighi yang merupakan timbalan presiden kanan bahagian kejuruteraan perisian Apple tampil memberikan penerangan. Dalam jawapan kepada soalan yang diberikan di mahkamah, beliau berkata masalah perisian hasad yang melanda platform Mac pada waktu ini adalah di tahap yang tidak boleh diterima oleh Apple.

MacBook

Jawapan diberikan oleh Federighi kepada soalan mengapa iOS hanya mempunyai satu gedung aplikasi tidak seperti Mac yang membenarkan pengguna memuat turun perisian dari pelbagai sumber. Kerana kebebasan yang diberikan oleh Mac masalah perisian hasad wujud pada sistem operasi ini. iOS berjaya melepasi standard keselamatan kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh Apple sendiri kerana kawalan yang diletakkan oleh Apple.

Sejak Mei tahun lalu, sebanyak 130 perisian hasad dikesan di Mac dan salah satu daripadanya berjaya menjangkiti 300,000 komputer pelanggan. Sungguhpun begitu sekiranya Mac dibandingkan dengan platform komputer peribadi yang lain, risiko serangan perisian hasad adalah yang paling rendah sekaligus menjadikannya lebih selamat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami