Cari @ Amanz

Satu lagi aksesori audio daripada Vivo telah dilancarkan di China, sebentar tadi. Dikenali sebagai Vivo TWS 2, ia merupakan pengganti kepada Vivo TWS sebelum ini. Selain, antara fon telinga Vivo yang terawal dibekalkan sokongan pembatalan hingar aktif bersama-sama dengannya.

Dari segi rekaan, ianya hadir dengan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk bujur. Di samping itu, ia juga menggunakan dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar sehingga 45dB, pemandu audio sebesar 12.2mm menyokong audio DEEP-HD dan mod permainan latensi 88ms.

Spesifikasi lain termasuklah penarafan rintangan air IP54, tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.2, ketahanan bateri maksimum 30 hari, port pengecasan USB Type-C dan lain-lain. Vivo TWS 2 dijual di China pada harga RMB499 (~RM321) dengan dua pilihan warna seperti biru atau putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd