Opera GX Mobile Kini Dalam Fasa Ujian Beta – Pelayar Web Mudah-alih Untuk Gamer Tegar

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Opera ialah nama yang cukup terkenal untuk perisian-perisian pelayar web mereka, khususnya Opera, Opera GX untuk gamer dan Opera Mobile untuk peranti pintar di platform Android dan iOS.

Terkini, Opera dilihat sedang menguji pelayar web Opera GX Mobile, iaitu pelayar web untuk gamer, yang menurut Opera adalah sesuatu yang diminta oleh ramai pengguna pelayar web Opera GX sebelum ini.

Keunikan Opera GX Mobile ialah ia dilengkapi dengan sejumlah ciri yang disukai gamer, seperti GX Corner, yang membolehkan pengguna menatal berita mengenai permainan komputer, tarikh pelancaran permainan-permainan yang akan datang. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menyelarikan kandungan daripada pelayar versi desktop ke versi mobil menggunakan ciri Flow.

Dalam pada itu, Opera Mobile GX juga hadir dengan penghalang iklan sama seperti Opera GX, dan juga kemudahan menavigasi kandungan menggunakan satu tangan sahaja, diantara sejumlah ciri-ciri lain.

Opera GX Mobile kini berada dalam fasa beta terbuka, dimana ia boleh digunakan dengan memuat-turun APK aplikasi Android ataupun ciri Test Flight untuk peranti iPhone.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami