Siri Xiaomi Mi TV P1 Dilancarkan Di Malaysia – LED 4K, HDR10+, Android TV Dan Harga Bermula RM899

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekian lama menanti, akhirnya Xiaomi Malaysia membawa masuk televisyen pintar mereka untuk dijual di pasaran tempatan. Tetapi Xiaomi melakuka strategi gila mereka, iaitu bukan melancarkan satu televisyen sahaja – tetapi empat televisyen pintar baharu. Paling mengejutkan adalah Mi TV P1 yang baru sahaja dilancarkan di Eropah beberapa minggu lepas.

Mi TV P1

Siri Mi TV P1 hadir dengan pilihan saiz 32-inci, 43-inci atau 55-inci. Setiap panel adalah jenis LED dan menyokong resolusi sehingga 4K UHD. Kadar segar semula walau bagaimanapun terhad kepada 60Hz sahaja dan mempunyai sudut pandangan 178 darjah. Televisyen pintar Xiaomi ini juga menyokong paparan HDR10+ dan Dolby Vision, serta menyertakan MEMC untuk pengalaman penggunaan bebas sela masa.

Setiap satu televisyen P1 menjalankan Android TV dan menyokong pelbagai aplikasi seperti Netflix, Prime Video serta YouTube untuk tujuan penstriman. Televisyen Xiaomi ini juga hadir dengan Google Assistant terbina untuk kawalan arahan suara dan pengguna juga boleh menyiarkan kandungan daripada peranti ke televisyen melalui Miracast atau Chromecast. Pembesar suara pula adalah

Hanya variasi 55-inci dan 43-inci sahaja menyokong resolusi 4K UHD, HDR10+, Dolby Vision dan menjalankan Android TV 10. Kedua-dua televisyen ini dijana dengan cip MediaTek 9611 yang mana CPU adalah Quad A55 1.5GHz + GPU Mali G52 MP2. Memori pula adalah 2GB RAM dengan 8GB storan dalaman.

Variasi 32-inci terhad kepada resolusi 1,366 x 768 sahaja dengan paparan asas. Cip pemprosesan pula adalah MSD6683 yang menggunakan CPU CA53 empat teras 1.2GHz yang dipadankan dengan GPU Mali 470 MP3. Pembesar suara adalah 5W + 5W dengan sokongan Dolby Audio serta DTS-HD. Memori pula adalah 1.5GB/8GB dengan sistem operasi Android TV 9.

Dengan fokus terhadap peranti berhubung, setiap televisyen Xiaomi ini juga merupakan hab kawalan mereka. Selain menggunakan alat kawalan jauh, boleh seru Google Assistant untuk tutup lampu, atau lain-lain lagi.

Mi TV P1 55”

Pra-tempahan akan bermula pada 6 Jun 2021 dengan harga RM2,499. Ia akan dijyal di kedai fizikal, Lazada dan Senheng. Setiap pembeli yang membeli model ini akan menerima 1 bulan langganan WeTV dan iQIYI secara percuma.

Untuk tempoh yang terhad, Xiaomi turut akan memberikan pelbagai barangan peranti berhubung dalam ekosistem mereka yang bernilai RM566. Antara barangan ini adalah Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360° Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2 dan juga Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Mi TV P1 43”

Model ini juga akan dijual pada 6 Jun tahun ini melalui pra-tempahan. Harga promosi adalah RM1499, di mana harga jualan kelak adalah RM1799. Lokasi jualan adalah sama seperti di atas, cuma pembelian televisyen ini tiada sebarang barangan peranti berhubung percuma. Xiaomi Malaysia hanya menawarkan sebulan langganan percuma tadi sahaja.

Mi TV P1 32”

Akhir sekali adalah saiz 32-inci yang paling asas. Ia akan dijual pada harga promosi RM899, iaitu RM100 murah daripada harga jualan RM999. Juga akan ditawarkan melalui pra-temapahan bermula 6 Jun. Xiaomi Malaysia turut menawarkan sebulan langganan untuk dua platform penstriman tadi dan yang terawal akan menerima Mi Smart Band 6 secara percuma.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami