Pendaftaran Untuk Acara Facebook F8 Refresh 2021 Telah Dibuka

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas setahun tertangguh, persidangan pembangun F8 kembali dianjurkan pada tahun ini. Namun begitu, format perlaksanaannya kali ini berbeza berbanding sebelum ini dan ianya akan berlangsung secara maya ekoran pandemik Covid-19 yang semakin menular.

Persidangan yang akan berlangsung pada 2 Jun 2021 ini bakal menyaksikan para pembangun dan pencipta berpeluang untuk mencari solusi menarik bagi membangunkan peranti yang menggabungkan teknologi VR, AR dan lain-lain yang berkaitan. Bukan itu sahaja, setiap produk yang dibangunkan perlulah berasaskan pendekatan yang disediakan oleh Facebook.

Dalam pada itu, persidangan ini juga akan disertakan dengan beberapa bentuk teknik penyampaian yang berkesan – seperti sesi ceramah berkaitan teknologi Facebook, bengkel teknikal bersama para mentor yang berpengalaman dan pertandingan hackathon yang melibatkan idea-idea berkaitan teknolovgi AR dan VR.

Pada acara kemuncak kelak, persidangan ini akan disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook for Developers. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai sehingga USD $ 100,000 (~RM414,450). Kepada yang berminat, Persidangan Pembangun F8 Refresh 2021 telah dibuka sekarang dan sila layari pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami