Pengasas Telegram Mengatakan Penggunaan iPhone Membuatkan Anda Menjadi Hamba Digital Apple

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengasas Telegram, iaitu Pavel Durov kini telah berkongsi beberapa serangan terbaru terhadap Apple, disebabkan oleh ekosistem tertutup yang disediakan oleh Apple.

Durov mengatakan yang mana penggunaan peranti iPhone membuatkan anda menjadi hamba digital Apple – dimana hanya dibenarkan menggunaka aplikasi melalui App Store sahaja, dan hanya boleh menggunakan iCloud untuk melakukan salinan pendua data untuk simpanan.

Disamping itu, beliau turut mengatakan yang mana setiap kali menggunakan iPhone untuk menguji Telegram, beliau merasakan seumpama menggunakan peranti lama – menekankan yang mana skrin 60Hz pada iPhone tidak boleh menyaingi animasi lancar yang ditawarkan oleh peranti Android dengan panel 120Hz.

Komen terbaru oleh Durov ini hadir selari dengan laporan terbaru New York Times mengatakan Apple terlibat dalam pemantauan dan halangan kandungan di China.

Walaupun komen beliau dipersetujui sejumlah pihak, namun terdapat sejumlah pengguna yang selesa dengan ekosistem Apple – yang menawarkan lebih sekuriti dan tidak terdedah kepada aplikasi bahaya daripada kedai aplikasi alternatif, disamping memudahkan pengurusan pembayaran.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan komen terbaru pengasas Telegram ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami