Cari @ Amanz

Terdapat hadis mengatakan solatnya selama 60 tahun tidak diterima Allah kerana sujud dan rukuknya tidak sempurna. Sebagai umat Islam, ini ialah ketakutan yang besar kerana turut tidak mahu termasuk ke dalam golongan yang rugi ini. Oleh itu Sajdah, sebuah sejadah pintar telah dibangunkan oleh Thakaa Technologies sebuah syarikat berpangkalan di Qatar.

Sajdah dilengkapi sebuah skrin LED terbina pada bahagian kepala. Ia boleh didongakkan sehingga 45 darjah bagi memudahkan bacaan kandungan yang dipaparkan. Pada waktu ini Sajdah boleh memaparkan tutorial bacaan solat dan ayat-ayat Al Quran dalam Bahasa Inggeris dan Arab dengan peracangan menambah lebih banyak bahasa di masa akan datang.

Dengan adanya paparan yang jelas, ia memudahkan insan yang ingin belajar solat seperti kanak-kanak atau ingin menghafal ayat Al Quran. Terdapat juga pembesar suara yang memberikan bacaan yang betuk untuk diikuti.

Kesemua ciri Sajdah boleh dikawal menggunakan aplikasi Android dan iOS. Sokongan Apple Watch juga disertakan bagi membolehkan paparan tutorial solat dan bacaan ayat dikawal dengan menatal skrin jam tangan pintar.

Sajadh juga diperbuat daripada busa memori bagi memastikan keselesaan ketika sudut dan pelapik bawah tahan gelincir. Sejadah pintar ini sudah dalam pembangunan sejak 2019 dan kini dalam proses mengumpul dana menerusi laman biayasama LaunchGood. Anda boleh menempah Sajdah pada harga $329 (~RM1364) sebuah sekarang menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd