Pandemik semakin teruk di Malaysia dengan hari ini jumlah jangkitan baru dan kematian harian tertinggi dicatatkan. Sejak dari tahun lagi, Covid-19 mengakibatkan golongan artis tidak mampu menjana pendapatan kerana sebarang bentuk konsert telah diharamkan kerajaan. Ramai yang mula ke platform penstriman untuk menghiburkan peminat tetapi bergantung harap kepada peminat untuk membayar dengan ikhlas.
Hari ini Zoom mengumumkan Zoom Events sebagai platform penstriman langsung berbayar. Menerusi Zoom Events, pengguna boleh menganjurkan konsert, mesyuarat, persidangan dan kelas mengajar atas talian berbayar. Tiket boleh dijual kepada peserta yang berminat dan Zoom Events turut akan berkongsi statistik penuh selepas berakhirnya sesi.
Sebelum Zoom Events dilancarkan hari ini, Zoom menguji OnZoom pada Oktober tahun lalu dengan ciri yang sama. Pengguna OnZoom boleh berpindah ke Zoom Events apabila perkhidmatan ini memulakan perkhidmatannya di suatu tarikh yang belum diumumkan pada waktu ini.