Cari @ Amanz

Google sehingga kini tidak mempunyai sebarang kedai fizikal rasmi untuk tujuan runcit. Namun, perkara berkenaan akan berubah tidak lama lagi.

Hari ini, Google mengumumkan mereka akan membuka kedai fizikal mereka yang pertama di New York, Amerika Syarikat. Kedai ini dipanggil Google Store, dan dijangka beroperasi dan dibuka kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

Melalui kedai ini, orang ramai boleh menguji dan membeli sejumlah produk yang dibangunkan Google – termasuk telefon Pixel, jam tangan Fitbit, komputer riba Pixelbook, dan juga peralatan pintar Nest.

Pengguna juga boleh melakukan pembelian secara atas-talian, dan kemudian mengambilnya di kedai berkenaan.

Dengan langkah ini, tidak mustahil kita turut melihat Google memfokuskan kepada arena kedai fizikal, dan membuka beberapa cawangan secara berperingkat di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd