Snapchat Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapchat hari ini telah mengadakan sebuah acara media khas, dan berkongsi sejumlah perkara menarik berkaitan platform berkenaan. Salah satu perkara yang dikongsikan adalah berkaitan statistik dan data terkini platform mereka.

Menurut Snap, kini aplikasi Snapchat mempunyai 500 juta pengguna aktif setiap bulan. Ini merupakan salah satu angka yang tinggi dan memperlihatkan peningkatan positif untuk platform berkenaan yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Sebelum ini, Snap turut pernah mengatakan mereka mempunyai sekitar 280 juta pengguna aktif harian pada bulan April lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami