Cari @ Amanz

Snap Spectacles 4 Diperkenalkan Dengan Fungsi Realiti Terimbuh AR Lenses

Oleh Nazrin

Link Copied!

Snap, melalui acara Snap Partner Summit bukan sahaja mengumumkan bahawa mereka mempunyai 500 juta pengguna aplikasi Snapchat secara global, tetapi juga telah memperlihatkan peranti pintar terbaru mereka, iaitu Snap Spectacles generasi ke-4.

Snap Spectacles terbaru ini hadir dengan fungsi realiti terimbuh melalui fungsi AR Lenses yang mana pengguna boleh mencipta kandungan dan memuat-naiknya terus menggunakan kaca mata Snap Spectacles terbaru ini.

Ia dilengkapi dengan dua kamera terbina, dua pembesar suara, empat mikrofon dan juga pad sesentuh di bahagian sisi. Bahagian lensa kaca mata ini menggunakan lensa 3D yang membolehkan pengguna untuk melihat elemen realiti terimbuh dan menggunakan pad sesentuh di sisi, pengguna boleh mengakses elemen-elemen realiti terimbuh ini dengan mudah.

Ia juga hanya seberat 134g, memudahkan orang untuk memakainya sebagai sepasang cermin mata biasa yang mempunyai ciri-ciri tambahan terbina.

Sayangnya, Snap Spectacles 4 ini nampaknya hanya akan dibangunkan untuk sejumlah pencipta kandungan dan artis terpilih, dan tidak akan dijual secara besar-besaran untuk pengguna Snapchat biasa.


Komen ()