Cari @ Amanz

Snap hari ini telah mengumumkan beberapa penawaran terbaru, dan salah satunya adalah sebuah aplikasi iOS baharu, dinamakan sebagai Story Studio.

Story Studio memfokuskan kepada memberikan kemudahan  kepada pengguna untuk membuat  penyuntingan video dengan mudah terus pada telefon pintar.

Aplikasi ini juga akan mengintegrasikan kebolehan mengimport dari dan ke Snapchat, selain membolehkan pengguna menggunakan kandungan Lens dan Snapchat Sound ketika membuat penyuntingan.

Pengguna seterusnya boleh mengeksport kandungan, dan memuat-naiknya ke sebarang platform yang diinginkan – termasuk seperti Instagram dan TikTok.

Aplikasi ini dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, ia tidak diketahui berkenaan dengan penawaran aplikasi sama untuk platform Android.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd