Carian
Clubhouse Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia
May 21, 2021 Aman

Clubhouse merupakan salah satu perkhidmatan sosial memfokuskan kepada perbualan berasaskan suara sahaja. Selepas ditawarkan untuk pengguna iPhone selama lebih setahun, kini aplikasi berkenaan telah pun sedia dimuat-turun oleh pengguna peranti Android di Malaysia.

Melalui Clubhouse, anda boleh memulakan sebarang perbualan, dan berbual serta berbincang dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja berkenaan sesuatu topik. Pengguna juga boleh menyertai sebarang bilik yang sedang berlangsung untuk mendengar perbincangan, disamping menyertai dalam memberikan pendapat.

Walaupun aplikasi ini telah sedia dimuat-turun oleh pengguna di Malaysia, namun seperti biasa anda masih memerlukan jemputan untuk dapat menggunakannya. Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun dan mendaftar nama pengguna – sebelum menerima jemputan daripada rakan-rakan untuk menggunakannya.

Komen