Peranti Realme Dibawah Siri “D” Bakal Diumumkan Pada 25 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini Realme mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di media sosial mengenai perancangan untuk hadir dengan penjenamaan baharu buat rangkaian produk AIoT. Namun begitu, Realme mengambil pendekatan untuk terus berteka teki info lanjut mengenainya.

Sehingga kini, Realme hanya mengesahkan penjenamaan ini akan bermula dengan huruf “D”. Kemudian, mereka turut menyatakan siri ini akan lebih tertumpu kepada rangkaian peranti berhubung. Bahkan, Realme juga menjanjikan sesuatu yang serba baharu dan menarik untuk pengenalannya kelak. Pada masa sama, mereka turut mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi yang inovatif untuk rangkaian produk baharu mereka ini.

Realme telah mengesahkan produk pertama di bawah siri ini bakal diumumkan pada 25 Mei ini dalam acara yang diadakan secara global. Tapi sayang, Realme langsung tidak berkongsi lanjut mengenai apakah produk yang akan dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami