Carian
ViewSonic Memperkenalkan Siri Tablet Lukisan Digital Pen Display Untuk Tujuan Melukis, Produktiviti dan Pembelajaran
May 21, 2021 Nazrin

ViewSonic, jenama pembuat paparan skrin yang cukup terkenal telah memperkenalkan tiga buah model tablet lukisan yang boleh digunakan oleh guru dan juga pelajar dalam konteks pembelajaran jarak jauh dan dari rumah. Siri tablet lukisan digital ini dinamakan siri ViewSonic Pen Display.

Pertama ialah ViewBoard WoodPad PF0730. Jika anda seorang artis digital yang hanya inginkan sebuah tablet lukisan yang asas, tetapi hadir dengan rekaan menarik dan juga hadir dengan permukaan yang licin, WoodPad PF0730 ini hadir dengan permukaan yang diperbuah daripada kayu buluh.

Ia hadir dengan saiz permukaan 7.5 inci dengan resolusi 5080 LPI (Lines per Inch) dan 250 PPS (Points per Second). Menariknya, jika anda ingin melukis secara fizikal dan juga digital, anda juga boleh melukis diatas sekeping kertas yang diletakkan diatas tablet ini, dimana permukaan tablet ini juga akan mengambil-kira lukisan tersebut sebagai input kedalam komputer.

Tablet ini juga hadir dengan sebuah pena yang tidak memerlukan bateri untuk digunakan. Bahagian mata pena ini boleh digunakan untuk sekitar 150,000 garisan, dan tablet ini akan memberikan anda tiga mata pena tambahan secara percuma.

Beralih kepada ViewSonic Pen Display ID710, tablet ini hadir dengan permukaan bersaiz 7 inci dengan resolusi 5080 LPI dan sesuai digunakan untuk pembelajaran digital dari rumah ataupun jarak jauh menggunakan perisian myViewBoard yang boleh menyelarikan tablet pelajar dengan perisian dan tablet guru secara atas-talian.

Untuk seorang guru, mereka boleh menggunakan tablet ini sebagai skrin sekunder, khususnya apabila paparan utama ialah sebuah paparan bersaiz besar.

Sama seperti model sebelum ini, ia juga hadir dengan pena dengan tahap 8192 tahap sensitiviti yang sesuai digunakan oleh artis digital profesional juga.

Bagi artis profesional yang memerlukan permukaan yang sangat besar, ViewSonic Pen Display ID1330 mungkin untuk anda. Ia hadir dengan saiz permukaan 13.3 inci dan mempunyai resolusi 250 PPS yang cukup banyak sekali.

Ia hadir dengan sokongan untuk sambungan menggunakan HDMI dan juga USB Type-C, dan menyokong perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan myViewBoard sama seperti tablet-tablet sebelum ini. Pengguna juga tidak perlu risau mengenai kesilapan input kerana permukaan tablet ini hanya akan mengesan input daripada pena tablet yang disertakan.

Menurut ViewSonic Malaysia, ketiga-tiga tablet ini sudahpun hadir di pasaran, dan boleh dibeli melalui kedai atas-talian ViewSonic di Lazada pada harga-harga berikut:

Komen