Cari @ Amanz

Blue Origin, syarikat roket swasta milik Jeff Bezos akan melakukan pelancaran membawa angkasawan pertama mereka pada 20 Julai tahun ini. Kapal angkasa New Shepard mereka ini masih belum mempunyai krew dan Blue Origin telah membuka bidaan tiket kepada insan yang berminat.

Sejak tempahan dibuka kepada orang ramai beberapa hari yang lalu, tiket kini telah mencecah $2.8 (~RM 11.6 juta). Selepas ini bidaan akan dibuka lagi sehingga 10 Jun dengan orang ramai dibenarkan meletakkan bidaan yang lebih tinggi sebelum pemenang diumumkan pada 12 Jun.

Pelancaran pertama New Shepard ini akan hanya membawa kapsul ke ketinggian 100 kilometer sebelum kembali semula ke bumi menggunakan payung terjun. Tempoh keseluruhan pelancaran pertama ini hanyalah sekitar 10 minit sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd